skgsrp.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAL SITOK
17200 RANTAU PANJANG,KELANTAN
Tel/Faks: 09-7951223
| KATA ALUAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | TAMBAH ILMU | BUKU PELAWAT | PAUTAN | DOA SEKOLAH | KATA ALUAN | LAGU SEKOLAH | MARQUEE | KEPUTUSAN UPSR | PERASMIAN | KEPUTUSAN UBB 1 TAHUN 6 2010 | MURID TARGET 5A UPSR 2010 | HAL EHWAL MURID | TAKWIM PERSEKOLAHAN 2010 | HARI KELEPASAN AM 2010 | GURU KELAS 2010 |

ANTARA AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2009 & 2010


JUARA SEPAK TAKRAW PERINGKAT MSSK

                                

KARNIVAL MINI SUKAN SKGS 2010

Diadakan pada 10hb Mac 2010. Banyak acara akan diadakan terutama olahraga.Pada hari itu, semua guru dan murid melibatkan diri dengan penuh dedikasi kerana ia adalah acara tahunan yang dinanti-nantikan. 

Peserta yang terlibat menunjukkan prestasi yang hebat untuk membolehkan pasukan mereka menang dalam setiap acara yang dipertandingkan. Semua pasukan menurunkan peserta yang dapat mengumpulkan pingat seberapa yang boleh dalam setiap perlawanan.

Pada hari itu juga terdapat pasaria yang diterajui oleh Cikgu Mohamad Che'I. Penglibatan murid dalam menjadi jurujual adalah untuk pendedahan menjadi usahawan nanti. Murid-murid ini adalah yang tidak terlibat dalam permainan. Selain makanan dan minuman, terdapat juga jualan t-shirt dan buku-buku. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan. 

Walaupun karnival ini berlarutan sehingga ke petang tetapi dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh murid-murid SK Gual Sitok dan guru-guru yang terlibat ia telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap insan di sekolah ini.

Akhirnya pasukan BIRU telah diumumkan sebagai pemenang pada tahun ini. Sorakan gembira daripada setiap ahli dalam pasukan ini mungkin telah menaikkan lagi semangat pasukan lain untuk bertanding lagi pada tahun depan dan mengalahkan mereka.

MAULIDURRASUL 1431H 

Pada 11hb Mac 2010 diadakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah. Segala persiapan dan kertas selawat telah disediakan oleh ustaz dan ustazah di sekolah ini.

Jamuan makan nasi telah disediakan oleh pihak kantin. Semua guru dan kakitangan sekolah menjamu selera secara beramai-ramai. Ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru dan kakitangan sekolah.

JUARA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PPD PASIR MAS

Sekolah ini telah memenangi Kejohanan Sepak Takraw peringkat PPD Pasir Mas bawah 12 Tahun untuk tahun 2010.

Sijil telah dikeluarkan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Pasir Mas. Seramai 5 orang peserta telah menerima Sijil Emas ini antaranya adalah :

BILNAMA PESERTA
1MOHD KHAIRI BIN ARAZEMI
2AYUB BIN AHMAD
3CHE MOHD ADAM BIN CHE HASIM
4MOHD IDHAM BIN HAMZAH
5MOHD IZANI BIN HAMZAH

 

                                     PROGRAM MENTOR MENTEE PROTEGE PERDANA

                                                                   

Pada 31 Januari 2010 telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Protege Perdana untuk murid darjah 6 yang akan menghadapi UPSR pada tahun ini. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Guru Besar, En. Ismail b Ag Senik di Tapak Perhimpunan SKGS.  

Ini melibatkan murid tahun 6 seramai 97 orang dari Kelas 6A, 6B dan 6C. Setiap guru mempunyai mentee mereka yang telah dibahagikan seramai 3 orang murid untuk  setiap guru. 

Murid-murid akan dipertanggungjawabkan kepada guru-guru untuk masalah pembelajaran mereka. Diharapkan program ini berjaya dan murid-murid yang akan memperolehi keputusan UPSR dengan cemerlang akan meningkat pada tahun ini. InsyaAllah.

                                        


                             SKGS telah mengadakan majlis Asyura pada 16 Januari 2010 (Sabtu)

Sekolah ini telah mengadadakan majlis mengacau bubur Asyura di perkarangan tempat letak kereta guru dan kakitangan. Penglibatan semua warga sekolah amatlah meggalakkan. Suasana mengacau bubur Asyura begitu seronok walaupun dalam keadaan panas.

10 buah kawah telah dicadangkan dengan setiap kawah diwakili oleh 5 orang guru dan kakitangan. Penglibatan murid tahun 6 juga dialu-alukan. Murid-murid yang lain datang ke sekolah pada jam 5.00 petang dengan membawa kupon yang diberikan oleh guru untuk mengambil bubur asyura masing-masing mengikut kelas masing-masing.

Walaupun penat, tetapi inilah pengalaman yang menyeronokkan kerana bersama-sama mengacau bubur asyura sehingga masak. Gotong-royong menyiapkan bahan-bahan bubur asyura juga amat menyeronokkan kerana inilah pengetahuan yang amat dinantikan.

Kerjasama dari semua pihak terlalu dihargai dan jika ada rezeki lagi dapatlah pula membuat buburAsyura lagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat.  

                                                             KEMBARA MERDEKA 2009

Pada tahun lepas, murid-murid yang ingin ke Kuala Lumpur telah pergi ke sana dengan menaiki Penerbangan Tambang Murah Air Asia. Tema perjalanan mereka adalah Kembara Merdeka kerana mereka pergi pada bulan Ogos 2009.

Murid-murid ini telah diiringi oleh 3 orang guru iaitu En. Mohamad b Che'I, En. Ahmad Kamal b Othman dan Pn. Fauziah bt Ismail. Walaupun pada tahun itu, wabak H1N1 menular dikalangan rakyat Malaysia tetapi ia tidak menjadikan halangan kepada mereka untuk menimba ilmu dan merasai nikmat untuk menaiki pesawat AK 5282.

Mereka telah melawat antaranya adalah Petrosains dan bersiar-siar sekitar KLCC. Pada tahun ini juga (2010)guru-guru telah merancang untuk pergi ke Kuala Lumpur sekali lagi. Pada kali ini murid-murid yang telah ditarget terpilih untuk pergi ke sana.

Dengan aktiviti seperti ini, moga-moga murid-murid dapat menimba ilmu dan menikmati dunia luar dengan gembiranya.

                                                    

                              












"SKGS TERSOHOR 2010"

                                                                                                                          

"Murid Didahulukan

Pencapaian Diutamakan"


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: