|
||||||||||
13,000 guru tambahan BM, BIKUALA LUMPUR 21 Mac - Penambahan bilangan waktu mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah, menengah dan matrikulasi adalah satu usaha molek agar masa belajar bersama guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa Inggeris dipertingkatkan dan diperkemas. Menurut sumber di Kementerian Pelajaran ketika dihubungi di sini hari ini, selari dengan penambahan jumlah waktu Bahasa Inggeris, Kementerian Pelajaran akan menambah guru Bahasa Inggeris sebanyak 13,000 orang dengan pengambilan guru dari Institut Perguruan Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Selain itu, pengambilan guru bersara dan guru dari luar negara yang akan ditempatkan di luar bandar akan dapat membantu memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Satu lagi usaha yang positif oleh KPM adalah dengan tambahan guru penolong bagi membantu guru bahasa bagi kelas yang bilangan murid melebihi 35 orang di tahap satu dan tahap dua, tambah sumber tersebut. Dengan adanya guru penolong, bebanan guru Bahasa Inggeris dalam pengendalian kelas akan dikurangkan dan tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan. Pihak kementerian juga akan menambah baik fungsi dan peranan makmal komputer di sekolah selaras dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran bahasa. KPM juga akan meningkatkan penggunaan perisian, perkakasan komputer dan pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Di samping itu, KPM dijangka memperkukuhkan perkongsian pintar antara KPM dengan agensi luar, seperti British Council, Suruhanjaya Tinggi Australia dan Malaysia America Culture and Education Exchange (MACEE) untuk meningkatkan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Pemberian insentif galak guru bekerja keras - NUTP KUALA LUMPUR 8 Mac - Pemberian insentif kepada semua pengetua, guru besar dan guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa dianggap sebagai langkah yang tepat pada masanya. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, pengumuman tersebut adalah inisiatif yang akan membakar semangat kepada guru untuk terus bekerja keras. "Ini adalah sesuatu yang menarik, saya cukup bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri yang mahukan kecemerlangan dalam bidang pendidikan terus dilakukan oleh guru-guru. "Sebelum ini hanya pengetua atau guru besar yang dapat insentif daripada kejayaan yang dihasilkan oleh sekolah, jadi ini tidak sepatutnya kerana kejayaan datangnya daripada kesungguhan guru yang ditugaskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk memberi insentif termasuk kenaikan pangkat kepada guru yang terlibat meningkatkan pencapaian sekolah. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru. Menurut Muhyiddin, maklumat berhubung pelaksanaan insentif baru itu akan diperincikan menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah yang akan diumumkan pada 16 Mei ini. Sementara itu tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula berkata, pemberian insentif ini kena pada tempatnya kepada guru-guru yang bekerja keras. "Ini adalah pengiktirafan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang tidak henti-henti mahukan kejayaan daripada anak didiknya, pengiktirafan ini perlu diberikan kepada golongan guru-guru tersebut. "Dengan adanya insentif tersebut, kejayaan yang direncanakan oleh guru-guru terbabit akan dianggap satu kejayaan yang begitu besar dan paling bermakna," ujarnya. Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali Hassan pula, pihaknya begitu menyokong dengan pengiktirafan yang telah dicadangkan itu. "Sebenarnya guru-guru lain juga memberi kesungguhan mereka terhadap sesuatu kejayaan yang telah dikecapi, tidak adil bagi saya jika hanya pengetua atau guru besar yang dapat pengiktirafan. "Tanpa kerjasama guru-guru, kejayaan mungkin tidak akan dikecapi oleh pihak sekolah," katanya.
"SKGS TERSOHOR 2010"
"Murid Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |