skgsrp.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAL SITOK
17200 RANTAU PANJANG,KELANTAN
Tel/Faks: 09-7951223
| KATA ALUAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | TAMBAH ILMU | BUKU PELAWAT | PAUTAN | DOA SEKOLAH | KATA ALUAN | LAGU SEKOLAH | MARQUEE | KEPUTUSAN UPSR | PERASMIAN | KEPUTUSAN UBB 1 TAHUN 6 2010 | MURID TARGET 5A UPSR 2010 | HAL EHWAL MURID | TAKWIM PERSEKOLAHAN 2010 | HARI KELEPASAN AM 2010 | GURU KELAS 2010 |

Persekolahan di Kampong Gual Sitok bermula di sekolah rakyat pada tahun 1947 yang diasaskan oleh Allahyarham En.Yusoff b. Hj.Awang yang merupakan penghulu Kampong Gual Sitok. Sekolah ini dibuka di bawah rumah Allahyarham Nik Yusoff b. Nik Lodin, dengan keramaian murid lebih kurang 50 orang.

 

          Pada tahun 1948, mesyuarat agung PIBG memutuskan untuk memohon sebuah bangunan separuh kekal dan menambah bilangan guru memandangkan bilangan murid bertambah. Ekoran permohonan itu, pada tahun 1962, Allahyarham YB.Encik Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Malaysia datang melawat keadaan dan kemajuan sekolah rakyat Gual Sitok. Hasil lawatan tersebut, beliau telah bersetuju mendirikan sebuah bangunan di atas sebidang tanah kerajaan negeri Kelantan yang keluasan nya kira-kira 2 ekar. Pada tahun yang sama,terdirilah bangunan yang mengandungi tiga bilik darjah yang dapat menampung 120 orang murid dengan 6 orang guru.

 

          Pada tahun 1966, sekolah rakyat Gual Sitok diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Kelantan telah melantik Encik Yusoff b. Mohd Nor sebagai Guru Besar. Guru-guru juga telah diserapkan ke dalam jawatan perkhidmatan kerajaan.

 

          Upacara penyampaian tauliah Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan telah disempurnakan oleh YB. Encik Mohd.Khir Johari selaku Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu kepada Encik Zakaria b. Yusoff selaku Pengerusi Sekolah Kebangsaan Gual Sitok.Majlis bersejarah ini dilangsungkan di Dewan St.John Ambulance, Kota Bharu, Kelantan.

 

          Pada tahun 1970, kerajaan telah meluluskan satu peruntukan mendirikan bangunan batu yang mengandungi 4 bilik darjah, pejabat sekolah, bilik guru, bilik air dan kantin. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1971 yang juga merupakan sebuah bangunan batu yang pertama didirikan di Rantau Panjang.

"SKGS TERSOHOR 2010"

                                                                                                                          

"Murid Didahulukan

Pencapaian Diutamakan"


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: